Nordlingen,Bandar Di Dalam Kawah Meteor


Bandar ini berada di Bavaria Jerman. Uniknya, bandar ini dibina di dalam bekas kawah meteor yang menghentam permukaan bumi.

Bandar ini bernama Nordlingen.Dibina pada tahun 898 Masihi di dalam kawah bekas hentaman meteor, sehingga bentuk bandarnya kelihatan unik kerana mengikut bentuk bulatan kawah.

Di sekelilingnya dibina tembok yang dapat bertahan dari dua buah perang besar, iaitu perang 30 tahun dan pertempuran Nordlingen (1634 M)..Banggunan di Nordlingen banyak mengikut ciri-ciri banggunan khas Jerman.

Di dalam bandar ini,terdapat beberapa museum, seperti Bavarian Railway Museum, Museum Kota Nördlingen (Stadtmuseum), Museum Tembok Kota (Stadtmauermuseum) dan Museum Augenblick
Nördlingen ini juga terkenal untuk Scharlachrennen, pertandingan menunggang kuda pada tahun 1463.


Bahagian dasar material dari kota ini kaya dengan pelbagai material yang tak ternilai harganya.
Terdapat lebih daripada 72 ribu butiran berlian berukuran 0.2 milimeter bertaburan di bawah tanah. dan juga pelbagai logam yang dihasilkan dari hentaman meteor dengan kerak bumi. 

Ketika kota ini dibina, banyak material mahal yang dijumpai semasa pekerja melakukan penggalian. Material mahal yang ditemui inilah yang kemudiannya digunakan untuk membina bangunan-bangunan yang ada di dalam Bandar Nordlingen ini.
Luas garis pusat bandar, mengikuti bentuk kawah bekas meteor ini mempunyai panjang lebih daripada 25 kilometer.

Share :

Facebook Twitter Google+
0 Komentar untuk "Nordlingen,Bandar Di Dalam Kawah Meteor"
Back To Top